Dah petang2 hari mcm ni memang malas betul nak wat keje,tambah2 lagi lab report yg bertimbun2 tu..aduyai~~~sakitnya kepala,tapi belum stress...alhamdulillah..=) Ditengah2 kebosanan ni,aku m'explore PC kakak aku ni dan tengok gambar budak2 a.k.a anak2 sedara aku yang comel dan nakal..rindu la pulak..entah bila la aku dapat pegi johor lagik..cuti sem nanti mmg konfem tak dapat sbb sibuk dgn fyp...*sigh cket..setahun lagi la kot,lepas dah abis study...
Keluarga adalah segala-galanya.....tanpa keluarga,aku bukanlah siapa2...aku akan membalas jasa setiap ahli keluarga aku yg dah menolong aku hingga aku sampai ke tahap ini..
Betul la pepatah melayu mengatakan.."air dicincang takkan putus"..ke mana pun kita pergi,mesti keluarga yg dirindui dan diingati berbanding org lain...pernah dengar tak kata2 ni??
"The happiest moments of my life have been the few which I have passed at home in the bosom of my family" - Thomas Jefferson
Ke mana pun kita pergi,kita mesti merindui saat2 bergembira bersama keluarga,ketawa dan duka bersama,bergaduh dan macam2 lagi lah...memang aku sangat merindui keluarga aku dan aku selalu mengimpikan yang kami dapat tinggal di bawah satu bumbung...senang jika ada sebarang kecemasan,tapi ayah aku tak nak...orang tua kan,sayang nak tinggalkan tempat lama,kawan2 dan kampung halaman...tunggu dan lihat sajalah apabila aku dan kakak aku dah bekerja nanti..insyaAllah...
Gambar2 dlm post ini adalah dunia aku yg sebenarnya...=)
Kerana Kita Semua Layak Gembira
8 years ago
1 comments:
i luv my fmily..=)
Post a Comment